Thursday, January 19, 2012

+++Cabaran+++

Kita hanya manusia biasa yang dikurniakan akal,fikiran, sedikit kebolehan. Apa yang kita ada hanya pinjaman sahaja,mungkin esok,lusa atau bila2 sahaja segala nikmat dan kurniaan itu boleh ditarik balik.


Untuk menghadapi kehidupan ini, dugaan dan cabaran datang dan pergi bersilih ganti.


Dengan akal yang tidak berapa nak matang,kita selalu merasa bahawa banyak perkara yang berlaku kepada kita tidak adil untuk kita. Kita akan selalu mempersoalkan itu dan ini. Mencari jawapan untuk setiap persoalan didalam benak hati dan perasaan. Cuba untuk mencari sesuatu yang lain daripada yang lain. Apa yang aku rasa sekarang ini ialah, untuk menghadapi kehidupan bersama2 orang yang suka bermain wayang. Pada luarannya nampak baik tapi hanya Allah je yang tahu apa sebenarnya dalam hati dia. Aku tahu keadilan dan kebenaran akan muncul tapi lambat atau cepat hanya Allah sahaja yang tahu. Kesabaran dan bertawakal itu amat penting.


Published with Blogger-droid v2.0.3

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails