Bila kita rasa kita tiada harapan untuk sesuatu yang kita harapkan setelah sekian lama kita rancangkan . Kita menjadi 'down' dan hilang arah untuk seketika. Setelah berfikir dengan cara positif, Allah telah bukakan jalan untuk kita bangkit semula dan mulakan dengan plannning yang lain.
Dalam sekelip mata, tidak lewat seminit pun Allah hantarkan seorang makhlukNYA untuk memberi sedikit semangat untuk kita menghadapi sedikit dugaan itu. Kata2 yang membina diberikan,jalan keluar dan pandangan dilontarkan. Walaupun dugaan itu datang sebegitu rupa,Allah menolong hambaNYA yang sentiasa mendambakan pertolongan dan RahmatNYA.
Untuk menampakkan jalan yang kita rancang itu, Allah mengirimkan lagi satu makhlukNYA yang lain untuk menghulurkan bantuan. Bantuan yang menampakkan sinar. Walaupun itu hanya sebuah usaha pertolongan belum memastikan kejayaan tetapi itu cukup menggembirakan hati yang telah terluka. Sekurang-kurangnya ramai lagi makhluk yang cuba untuk membangunkan bukan untuk menjatuhkan semangat yang telah dibina. Allah mengatur perjalanan makhluknya dengan begitu indah.
Terima kasih dan syukur kepada Allah kerana sentiasa mendengar rintahan hambaNYA... Satu pintu ditutup oleh manusia sepuluh pintu Allah buka untuk hambaNYA untuk memudahkan perjalanan hambaNYA itu....Amin Ya Allah...
